KELAS KESEDARAN (MEI 2025)
31 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 30/05/2025 (JUMAAT), berlangsungnya dua Kelas Kesedaran yang bertajuk Scammer & Perangkap Dunia Gaming: Lindungi Diri, Lindungi Akaun. Dan kelas kesedaran yang kedua bertajuk Toksik atau Terbuka? Budaya Komunikasi Selamat dalam Komuniti E-Sukan. Seramai 7 orang peserta telah mewakili NADI Peliau Bungai untuk menghadiri kelas kesedaran tersebut. Kelas ini telah berlagsung selama 1 jam iaitu dari jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang di NADI Peliau Bungai. Peserta sangat teruja dapat mengetahui cara melindungi data diri akaun masing-masing dan mempalajari budaya komunikasi yang selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: