Kelas Kesedaran Sesi 6
29 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28/12/2024 (Sabtu), berlangsungnya Program Kesedaran (Sesi 6) di NADI Peliau Bungai. Kelas kesedaran sesi 6 (Minggu 3 dan 4 Disember 2024) merupakan podcast yang membincangkan bagaimana e-sukan boleh menjadi platform pendidikan untuk pelajar, cabaran mendidik generasi digital, dan peranan sekolah serta ibu bapa dalam membimbing minat pelajar terhadap e-sukan secara positif.
4 orang peserta telah mengikuti kelas kesedaran sesi 6 yang disertakan dengan saringan kesihatan (NADI x Wellbeing). Peserta terdiri daripada pasukan yang mewakili NADI Peliau Bungai dalam pertandingan Mobile Legend Bang Bang iaitu FY CHIPSMORE. Episod terbaru Podcast NADI Malaysia membawakan tajuk "Pendidikan dan e-Sukan: Perspektif Pendidik", dengan tetamu jemputan Cikgu Mohd Hafeez bin Ab Ghafur @ Yaakub, Guru Bimbingan Kaunseling dari SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam, Selangor.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: