dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Peliau Bungai, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

24 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2022, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai telah menyertai taklimat secara atas talian bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) bagi sesi Mac 2022 khas buat usahawan portal e-dagang iaitu Jana’Preneur yang telah mendaftar. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi dengan menggunakan platform webex.

Antara topik yang menarik yang diketengahkan dalam program ini adalah kelebihan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah SSM dan kod QR SSM BizTrust. Antara kelebihan yang diperolehi jika peniaga mendaftar dengan SSM adalah ia membolehkan peniaga untuk menikmati bantuan yang disediakan agensi-agensi kerajaan seperti dalam bentuk geran untuk memulakan perniagaan. Peserta juga turut diajar cara-cara mendaftar SSM secara atas talian dan ianya adalah percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.