dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Peliau Bungai, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bimbingan Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang

17 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Seperti sedia maklum, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan fasa keenam Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.4 bilion dalam inisiatif terbaharunya meringankan beban rakyat menghadapi kesan penularan Covid-19 dan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di negeri ini. Satu daripada bantuan yang diumumkan oleh pihak kerajaan negeri ialah Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada golongan penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 pada Disember melalui Sarawak Pay. Walaupun staf PIK Peliau Bungai masih dalam fasa Bekerja Dari Rumah(BDR), petugas berusaha untuk membantu tidak kira secara atas talian atau bersemuka bagi memudahkan komuniti setempat memohon bantuan ini. Diharapkan bimbingan secara atas talian ini dapat memberi pencerahan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.