dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Peliau Bungai, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kolaborasi bersama PIK Kampung Taee (Usahawan Badut Antara Bakat atau Kerjaya)

22 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Februari 2021, Ahad, Pusat Internet Komuniti Peliau Bungai telah mengadakan program kolaberasi bersama Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Taee membicarakan mengenai topik “Usahawan Badut – Antara Bakat atau Kerjaya” dan program ini juga membawakan Kunka The Clown( Miri Sarawak) sebagai panel jemputan. Bual bicara ini mengupas tentang sisi menjadi “badut” dari kaca mata masyarakat sebagai kerjaya, bakat, seram, lawak atau keusahawanan. Program ini berlangsung selama 3 jam iaitu dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang secara langsung menggunakan aplikasi streamYard dan Facebook sebagai platform utama. Antara pengisian di dalam program ini adalah demonstrasi membuat belon oleh Kunka The Clown, mengenali kostum badut dan intonasi badut, dan lain-lain lagi. Terdapat 23 peserta telah menyertai program secara atas talian ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.