dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Peliau Bungai, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT (Pengenalan kepada Email & Fungsinya)

21 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Peliau Bungai telah mengadakan Kelas ICT (Pengenalan kepada Email dan Fungsinya) yang bertempat di Bilik Latihan PI. Kelas ini telah berlangsung selama 35 minit iaitu dari jam 3.45 petang hingga 4.20 petang dan disertai oleh seorang peserta perempuan yang merupakan pelajar SK Kampung Bungai.

Objektif kelas ini adalah untuk mengetengahkan aplikasi email dan fungsinya kepada kanak kanak kerana kebanyakan mereka tidak mengetahui kepentingannya. Oleh yang demikian, dengan adanya kelas sebegini mereka dapat mengenali penggunaan email dan peranannya. Tambahan pula, peserta diajar cara mendaftar akaun email dari langkah pertama hingga akhir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Ter pelihara.