dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Peliau Bungai, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Ceramah Advokasi Dan Kempen Klik dengan Bijak

21 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2017, Pusat Internet Peliau Bungai telah dijemput oleh pihak Kolej Tun Datu Tunku haji Bujang, Miri, untuk mengadakan ceramah Advokasi serta Klik dengan Bijak kepada Pelajar Tingkatan 1 dan 2. Tajuk yang menjadi pilihan untuk ceramah pada kali ini ada, “Penyebaran Maklumat Palsu” , “Perkongsian Melampau di Media Sosial” serta “Online Grooming”.

Tajuk ini adalah sangat penting bagi generasi kini yang majoritinya adalah pengguna media sosial bagi mengelakkan pengguna media social menyalahgunakan kemudahan yang ada. Hal ini kerana isu penyebaran maklumat palsu dikalangan masyarakat Malaysia pada masa kini sangat membimbangkan. Oleh hal yang demikian, Pusat Internet memainkan peranan penting di dalam membantu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam membendung gejala penyebaran mnaklumat palsu ini.

Selain daripada itu juga, tabiat suka berkongsi secara berlebih-lebihan di media sosial juga terutamanya dikalangan para pelajar, harus dibendung dari awal. Oleh itu, pemilihan tajuk ini, sangat bersesuaian dengan era pemodenan dunia ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.