dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Peliau Bungai, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Basic ICT Bersama Pelajar Tingkatan 5 SMK Suai

27 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2018 yang lalu, Pusat Internet Peliau Bungai pergi ke SMK Suai, Niah untuk mengendalikan kelas Asas ICT & MS Office yang berkaitan dengan panduan serta cara-cara penggunaan MS Office yang betul bagi membantu para pelajar di dalam menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru mereka peringkat SPM. Pihak Pusat Internet juga memberi pendedahan berkenaan antivirus untuk melindungi data peribadi di dalam computer dan pendrive.

Antara yang dikongsikan dengan peserta dalam program ini ialah, pendedahan berkenaan klik dengan bijak, perkongsian berkenaan etika penggunaan internet & bahaya berkongsi secara berlebih-lebihan di media sosial. Selain itu, bimbingan dalam pencarian maklumat dari sumber yang tepat, penggunaan MS Word yang tepat untuk membuat kerja kursus berdasarkan format-format tertentu serta bimbingan MS PowerPoint untuk pembentangan yang lebih berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.