dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Peliau Bungai, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Lan Riadah Sempena Program Inovasi JAIS Berpusatkan Masjid 2017

13 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai, Pusat Internet 1 Malaysia Sibuti, dan Pusat Internet 1 Malaysia Bekenu telah dijemput oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) bahagian Miri untuk bersama-sama memeriahkan progam Lan Riadah yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang berpusatkan masjid 2017. Program tersebut diadakan di Masjid Hamidiah, Kampung Keluru Jaya, Bekenu, Miri, Sarawak dari pukul 7:00 pagi hingga pukul 2:00 petang.

Antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah street soccer, dart, kacom, congkak, dan batu seremban. Pihak Pusat Internet 1 Malaysia mengambil kesempatan untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan dan memberi peluang untuk pengunjung yang datang untuk mendaftar ahli secara percuma. Di samping itu, Pusat Internet 1 Malaysia bersama-sama SKMM bahagian Miri juga memberi pendedahan kepada pengunjung untuk “Klik Dengan Bijak” dan merujuk sumber yang sahih sebelum berkongsi apa-apa maklumat di laman sosial media.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.