dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Peliau Bungai, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Komputer Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai

22 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai telah menganjurkan Kelas Asas Komputer khususnya untuk penduduk Kampung Peliau Bungai. Program ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada 20 Mei 2017, dan 21 Mei 2017. Tujuan utama kelas ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan berkenaan komponen asas komputer, penggunaan komputer dengan betul, serta pendedahan tentang bahaya media sosial melalui taklimat ringkas Klik Dengan Bijak oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai.

Terdapat 16 orang peserta telah mengikuti kelas ini dan berpeluang untuk mempelajari kemahiran asas dalam penggunaan “Microsoft Office Tools”, iaitu “Microsoft Words” oleh Pengurus serta Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai sendiri. Program yang berlangsung selama 2 hari ini mendapat sambutan hangat oleh penduduk setempat, dan salah seorang peserta iaitu Encik Sanai Mad Bin Ali, 73, menyatakan bahawa pengisian program ini amat baik, maklumat yang disampaikan amat jelas dan mudah difahami dan program sebegini perlu diadakan lebih kerap lagi untuk melahirkan generasi celik IT bukan sahaja untuk anak-anak muda malahan untuk golongan warga emas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.