dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Peliau Bungai, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Jom Cantik Bersama Mary kay

28 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai telah menjemput perunding kecantikan produk Mary Kay untuk memberikan tutorial kecantikan atau “Bengkel Jom Cantik” untuk penduduk Kampung Peliau dan kawasan sekitarnya. Bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan yang rata-ratanya berumur dalam lingkungan umur 17-40 tahun.

Terdapat 30 orang peserta yang mengikuti bengkel ini masing-masing dibahagikan mengikut sesi iaitu sesi pertama dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari, dan sesi kedua pula bermula dari pukul 1.00 petang hingga pukul 4.00 petang. Antara perunding-perunding kecantikan produk Mary Kay yang terlibat pada hari tersebut ialah Sandra Michael, Chung Yun Lian, Patricia Chai, Emia Manai, dan Nur Atikah. Program ini diadakan untuk memberi ilmu asas kecantikan kepada penduduk kampung untuk menghadiri majlis-majlis ringkas dan sebagainya. Kelas ini juga dianjurkan selaras dengan permintaan ahli-ahli Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.